ORI KE TUAN REJECT PERFUME NI?

Ada yang bertanya “Ori ke tuan Reject perfume ni?”

Ini jawapan saya…

Jika tuan mencari perfume yang original, sebaiknya tuan cari di shopping mall.

Byk butik perfume yang menjual perfume disana.
Pastikan dekat kotak ada label Luxasia.
Hanya Luxasia sahaja syarikat yang dibenarkan membawa masuk perfume ke Malaysia.
Pastikan tarikh pengeluaran yang tuan pilih adalah yang terkini.

Ini untuk pastikan perfume yang tuan beli adalah yang terbaru yang keluar dari kilang pengeluar perfume.
Parkson, Jusco, Isetan, Metrojaya antara tempat kaunter perfume yang mudah tuan temui.
Pavillion, Lot 10, Suria KLCC, Sogo antara mall paling popular untuk pembelian perfume di Kuala Lumpur.
Kalau tuan mencari alternative perfume kerana budget dan harga, original reject antara pilihan terbaik.
Original reject dah bertapak di Malaysia sejak tahun 90an.
Amirperfume dah jual perfume ni sejak 2006 secara online dan offline.

Pelanggan Amirperfume dari seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei datang ke kedai Amirperfume utk membeli perfume

Biasa pembeli dari negara jiran akan memborong sejumlah perfume utk di bawa balik sebagai oleh2 dr Malaysia.

Ramai yang mendapat manfaat dari kualiti perfume dengan harga yang ditawarkan.

Apa tu perfume Reject?
Ia perfume yang dijual dalam keadaan “as-is” tanpa kotak.
Ia diimport masuk dari supplier di luar negara.
Ia datang dalam kuantiti yang banyak dengan campuran semua jenis dan jenama perfume yang ada dipasaran.
Asal dari mana perfume ni diperolehi amat sukar untuk di kesan.
Serial number pada botol antara kaedah terbaik untuk mendapat info serba sedikit tentang perfume tersebut.
Taq atau sticker jika ada terlekat pada sebahagian perfume juga menjadi info maklumat tambahan dari mana perfume tersebut diperolehi.
Perfume dari Jepun dan sebahagian blok Russia menggunakan sticker berbahasa mereka.
Perfume dari asia biasanya ada sticker halogen Lux Asia.
Perfume yang reject dari kilang biasanya tidak memiliki sebarang info kecuali label bawah botol dan serial no.

Kenapa Reject?
Industri Reject item telah lama bercambah dan menjadi antara syarikat gergasi dipasaran retail.
Malaysian Reject shop milik Metrojaya.
Brand Outlet Store milik Padini.
https://www.brandalley.co.uk/ brand outlet terkenal dari UK
https://www.tripsavvy.com/uk-discount-designer-shopping-outlets-1662206 link utk tips membeli belah di gedung reject shop sekitar UK.
https://www.hotels.com/go/france/best-outlet-stores-paris link untuk 5 best outlet stores in Paris

Sebenarnya di mana2 pon diseluruh dunia dah ada reject shop yang menjual barangan berstatus reject.

Ori tak ori still jadi perdebatan hingga kini. Kena rajin google dan baca.

Selagi ada pilihan harga, orang pasti akan mencari yang lebih sesuai dengan cara hidup dan kemampuan masing2.

Tepuk dada tanya selera nak yang mana.
Check poket check kemampuan.

Belanja ikut kemampuan bukan kemahuan.

Belanja ikut keperluan bukan keinginan.
Beli ikut selesa bukan ikut selera.
Beli yang mana perlu bukan yang mana mahu..

Penjual hanya sediakan pilihan.

Keputusan 100% ditangan anda.

Jadi la pembeli yang bijak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s