TAK TAHU JADI TAK MAHU…

Ramai orang tertanya tanya apa itu perfume ‘reject’ walaupun perfume ini dah bertapak lama kat market sejak awal 90an lagi. Ramai yang dah tahu, Ramai jugak yang dah cuba dan mendapat manfaat dari perfume berkualiti tinggi berharga sederhana ini. Tak kurang jugak ramai yang tertipu dengan perfume ‘imitate’ yang mengaku sebagai perfume original reject.

Dulu di awal 90’an market tak ‘ganas’ macam sekarang. Dulu perfume yang ada sangat terhad dan saingan dari perfume tiruan hampir tiada. Sekarang ni macam macam ada. Orang tanya saya macam mana nak bezakan?

Palsu dan reject adalah dua benda yang berbeza.

Semakin kita perhati semakin mudah untuk mengesannya. Semakin kita mengenali perfume original dan perfume reject, makin mudah nak kenal perfume ‘fake’.

Ini sebahagian yg boleh dijadikan panduan sebagai permulaan.

1. Lihat pada botol tiruan yang paling perfect, Bandingkan dengan perfume original. Bandingkan semua dari tulisan, saiz, penutup, nozle. Pasti akan jumpa perbezaannya.

2. Perfume Imitation/tiruan biasanya menggunakan acuan sendiri dalam pembuatan botol mereka. Contohnya, Tudung perfume imitation tak akan “fit” masuk ke botol original. Begitu juga sebaliknya. Try.

3. Nozle spray perfume tiruan dibuat dari plastik berkualiti rendah untuk mengurangkan kos. Cabut dan picit anda akan dapat bezakan dengan mudah.

4. Bahagian leher botol perfume tiruan sangat mudah terhakis jika terkena cairan perfume. Biasa nya akan meninggalkan kesan bulatan sebab terhakis bila bersentuhan dengan penutup botol.

5. Dalam kebanyakan kes, semburan perfume original mengeluarkan bunyi “pssssttt” yang lembut dan mesra berbanding perfume grade yang mengeluarkan bunyi lebih kuat dan lebih keras.

[TIPS] Untuk yang baru nak kenal perfume, memang tugas rumit untuk belajar semua sekali dlm masa yang singkat.

Cara paling mudah untuk anda:-

  • cari penjual yang ada track record.
  • Track dia kat google macamana dia berniaga.
  • Makin banyak info makin senang nak kenal siapa dia.
  • Fahami hak anda bila berjual beli dgn penjual. Baca T&C, waranty dsb.
  • Baca testimoni dan kaji testimoni yg disajikan. Testimoni hiasan biasanya mudah dikesan. Testimoni asli sampai ke hati.
  • Tawakal dan cuba.

Sekiranya anda dpt buktikan barangannya palsu, pulangkan serta merta jika ada jaminan penjual. Jika tiada, berbincang lah dengan penjual secara baik dan cuba dapatkan jalan penyelesaian yang terbaik.

Sekiranya barangan yg anda beli tidak menepati citarasa anda, switch la kepada penjual yang lain sehingga anda jumpa penjual yang serasi dengan anda

Perfume ni barangan yang ada jiwa. Ia berinteraksi penuh dengan personaliti anda. Dalaman anda. Perfume terbaik anda belom tentu terbaik juga untuk bff anda. Perfume yang dia tak suka mungkin menjadi perfume fav anda. Jangan segan untuk berexperimentasi. Yang pasti, banyak kejutan menanti.

“The expert in anything was once a beginner”.

Harap dapat membantu.

p/s – Tips berniaga perfume – Harga yang murah bukan jaminan untuk anda mendapat pelanggan yang ramai, tapi, kualiti produk yang tinggi adalah jaminan untuk anda memiliki pelanggan yang setia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s