Apa itu Original reject perfume?

Apa itu Original reject perfume?

Original Reject perfume -Koleksi peribadi.
Perfume original ikhsan Google


Kotak vs pouch

APA ITU PERFUME Original rejected item (ORI)?

Perfume Original rejected item ialah perfume original sama yang dijual di kaunter. Saiz, bentuk, label, penutup, nozle, sticker…semua sama. Apa yang penting haruman mesti sama.

Beli perfume kat kaunter dan bandingkan.

Perbezaan yang mungkin ada:-
1. Kotak –
Kaunter = Dibungkus cantik dengan kotak bersalut plastik dan di seal dengan sticker designer. Kemudian di masukkan dalam shopping bag elegant. Memberi kepuasan yang tinggi melihat susunan kotak perfume yang dikumpul di atas meja solek.
ORI = Dimasukkan didalam pouch baldu yang sangat berguna ketika disimpan dalam bag toiletries bersama barangan lain ketika travel.

2. Bentuk fizikal.
Kaunter = Bentuk fizikal pasti 100% perfect.
ORI = Untuk stok Amirperfume biasanya ada sedikit calar (Lihat gambar diatas sebagai contoh). Ada yang didatangkan tanpa tudung, ada yang kesan leaking dibahagian bawah nozzle terutama utk botol chrome seperti Chanel Allure Sport. Tulisan label pudar, nozle yang telah ditukar, sticker terkopak keluar sedikit dan sebagainya. Anda mesti selalu terbaca tentang ini tapi mungkin tak ramai yang tahu kenapa. Mari saya jelaskan.

*Fizikal calar –
Perfume yang dikumpul akan ditelanjangkan tanpa kotak untuk dikesan tahap keseriusan defect nya. Setelah diasingkan, perfume yang telah dibaikpulih dan sedia untuk dijual semula akan dikumpul untuk dipasarkan. Semasa proses ini, selalu terjadi kesan calar akibat botol perfume yang berlaga sesama sendiri. Kadar calar bergantung kepada tahap penjagaan semasa stage ini. Semakin kurang calar, semakin tinggi harga.

*Tanpa tudung –
Biasanya tudung perfume pecah atau hilang semasa proses yang sama seperti diatas, kehilangan tudung adalah perkara biasa. Untuk makluman, tudung perfume dibuat khas untuk padan dan dikunci dengan botolnya. Hanya tudung yang original akan fit kepada botol yang original. Kebanyakan tudung perfume immitation tidak muat sempurna keatas botol yang asli. Begitu juga sebaliknya.

*Ada kesan leaking dibahagian bawah nozzle –
Terutama untuk botol chrome seperti Chanel Allure Sport, masalah paling banyak ditemui dalam perfume adalah kesan leaking. Biasanya perfume akan diisi penuh untuk dihantar ke unit quality untuk diuji sebelum dibungkus, Perfume yang ada kesan leaking akan direject dengan serta merta. Botol chrome seperti Chanel Allure sport adalah saduran lapisan chrome nipis diatas permukaan botol. sangat sensitive dengan tindakbalas chemical terutama apabila cairan yang tumpah dibiarkan kering sendiri tanpa dibersihkan.

*Tulisan label pudar –
Juga biasanya disebabkan oleh lelehan cairan perfume. Walaubagaimanapun, ada juga disebabkan oleh ketidaksempurnaan semasa proses engrave pada permukaan botol.

*Nozle yang telah ditukar –
Antara masalah serious kenapa perfume di reject adalah masalah nozle dan semburan. Cara membaikpulih adalah dengan membetulkan saluran atau menggantikan kepala nozzle. Ruang udara tersumbat menyebabkan semburan gagal berfungsi. Penukaran kepala nozle ini menyebabkan ia berbeza sedikit dari bentuk asal. Ada designer yang menggunakan kepala nozzle khas yang berbeza dengan perfume jenama lain. Seperti Kenzo, Dior menggunakan kepala nozle dengan tertera nama mereka sendiri. Ada juga yang menggunakan warna keemasan atau pun warna sedondon dengan botol seperti Vera Wang Princess.

*Sticker terkopak keluar sedikit –
Sticker dibawah botol adalah info berguna untuk setiap perfume. Dari saiz botol, jenis kandungan, nombor siri dan lain lain maklumat ada tertera disitu. Disebabkan kedudukan sticker tersebut dibawah botol, ia terdedah kepada pelbagai risiko untuk tertanggal. Antara faktor yang paling kerap terjadi apabila sticker ini terkena air atau terdedah kepada faktor kelembapan. Meletak perfume pada suhu sejuk buat seketika elok untuk kandungan perfume. Walabagaimanapun, ia akan menyebabkan sticker dibawah botol berisiko untuk tertanggal atau terkopak. Ada jenis perfume yang tidak menggunakan sticker tetapi info ditulis diatas botol seperti chanel.

3. Harga –
Harga dikaunter agak mahal. Biasanya harga yang ditawarkan untuk botol sahaja tidak la begitu mahal. Harga 100ml perfume lelaki biasanya dijual dengan harga RM290. walau bagaimanapun, tawaran sampingan yang diberikan selalunya sangat menarik untuk dilepaskan. Dengan tambahan kurang dari RM200 anda akan mendapat pelbagai hadiah dari designer seperti bag, toiletries bag, stationaries, toiletries set dan sebagainya. Biasanya anda akan ambil package yang lebih menguntungkan nilai wang anda.
Harga ORI biasanya bergantung pada penjual. Harga amirperfume untuk 100ml biasanya dalam  RM150. Cuma perfume yang sukar didapati di Market ORI, harga nya agak mahal sedikit (160-170). Ketika Sale, harga akan jadi lebih rendah dan sangat berbaloi untuk wang anda. Yang paling best, anda tidak terikat kepada 1 jenis perfume sahaja kerana harga sebegini anda mampu untuk mempelbagaikan jenama perfume anda.

4. Aroma – 
Aroma perfume dikaunter adalah segar dan mengujakan. Memang menjadi daya penarik perfume dikaunter untuk menarik minat pembeli. Biasanya haruman aroma ini akan berkurangan setelah anda menggunakan perfume ini dalam sebulan dua dan hilang sepenuhnya tanpa anda sedari.
Aroma perfume ORI pulak biasanya telah kehabisan aroma. Wangian yang anda dapat adalah wangian sebenar yang anda akan dapat sepanjang penggunaan perfume tersebut. Pengalaman menjual perfume ORI ni, ramai yang mengeluh bila semburan pertama seakan berbeza dengan perfume original bila di try dikaunter dan ingin memulangkan semula. Namun begitu, membatalkan hajat kerana selepas tempoh perfume bertenang, barulah dapat haruman sebenar yang dikehendaki. Oleh itu jangan terpedaya dengan aroma sementara perfume dengan harumannya yang sebenar.

5. Alah membeli menang memakai –
Untuk perfume kaunter, tak kisah alah membeli dengan harga yang tinggi sedikit tapi menang memakai dan mendapat kepuasan dan peace of mind kerana tahu produk yang anda beli.
Untuk perfume ORI, tak kisah alah membeli bukan dikaunter tapi menang memakai kerana orang tahu apa perfume yang anda pakai dan suka kewangian anda. Malah kebiasaannya anda mungkin akan menjadi jurucakap untuk produk perfume untuk rekomenkan kepada kawan kawan anda tentang alah membeli menang memakai produk ini.

Kesimpulannya, apa jua perfume yang anda pakai, pastikan ianya sesuai dengan anda. Di Amirperfume, kami hanya menyediakan anda option untuk mendapatkan designer perfume pada harga yang munasabah. Our best idea is the low price. Kami juga memberi peluang untuk anda mempelbagaikan koleksi minyak wangi anda dan memakainya mengikut kesesuaian masa dan tempat. In the end, apa yang paling penting, You feel good when you smell good.

Harapan saya, info ini dapat membantu anda dan menjawab persoalan anda.Dari meja Amirperfume – Sekiranya anda ada sebarang persoalan mengenai perniagaan atau perfume terutama perfume reject, wassap kepada Ammich2003@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s